Ads by Duan Ayub

Topik

4 sc Cempaka (3) Airul (1) Aiza (4) Amy (1) Ati (2) Ayu (2) Azi (1) Azlina (1) Azman (1) Bitik (1) Cikgu Ismail (1) Duan (5) Effa (2) Fadli (1) Jaja (4) Maa (1) Majlis Perkahwinan (8) Mariani Ibrahim (1) Mazlinda (1) Nuar (4) Nurul (1) Pembuka Bicara (1) Reunion (2) Romi (1) Saba (1) Salam ingatan buat seorang anak (1) Sha (3) Shahril (1) Sofa (1) Syukri (1) Yani (1) Yus (1) Zamri (1)

Authors

Authors

Wednesday, January 6, 2010

KITA DAN IBU

  • Ketika kita berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.
  • Apabila kita berusia dua tahun, ibu mengajar kita bermain, kita mengucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil
  • Menjelang usia kita tiga tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih dan sayang, kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.
  • Ketika usia empat tahun, ibu ibu mambelikan sekotak pensil warna, kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding
  • Berusia lima tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor
  • Setelah berusia enam tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit: "Tak nak! Tak nak!".
  • Apabila berusia tujuh tahun, ibu belikan sebiji bola, Cara kita mengucapkan terima kasih dengan pecahkan cermin tingkap jiran
  • Menjelang usia lapan tahun, ibu belikan aiskrim, kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu
  • Ketika usia sembilan tahun, ibu manghantar ke sekolah. kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas
  • Berusia sepuluh tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemani kita ke mana saja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.
  • Setelah berusi 11 tahun, ibu membawa kita menonton wayang, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan duduk di barisan berlainan bersama kawan-kawan
  • Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menunggu ibu alpa untuk mudah menonton televisyen
  • Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian tang menutup aurat, kita ucapkan terima kasih dengan memberitahu pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.
  • Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama, Kita ucapkan terima kasih dengan tidak menulis sepucuk surat/ telefon/ sms pun.
  • Berusia 15 tahun, ibu pulang dari kerja dan rindukan pelukan serta ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.
  • Setelah berusia 16 tahun, ibu mengajar memendu kereta, kita ucapkan terima kasih dengan melanggar tembok
  • Apabila berusia 17 tahun, ketika ibu menubggu panggilan penting, kita bergayut di telefon sepanjang malam.
  • Menjelang 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.
  • Ketika berusia 19 tahun, ibu bersusuh payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke bilik asrama, kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar bilik asrama kerana malu dengan kawan-kaw
  • Berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa, kita kata "...itu bukan urusan ibu"
  • Setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya kita, kita kata "..saya tidak mahu jadi seperti ibu.
  • Apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita. Di belakang ibu, kita katakan pada kawan-kawan.."Perabot pilihan ibu tak cantik, tak berkenan akuuu!".
  • Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menentu dan bertanyakan mengenai rancangan masa depan, kita menjeling dan merungut, "Ibuuu, tooolonglahhh.
  • Ketika berusia 25 tahun, ibu bersuauh payah menanggung majlis perkahwinan kita, ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita, tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh
  • Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata, "..itu dulu, sekarang zaman moden.
  • Ketika berusia 40 tqhun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kendara di kampung, kita berkata, " Kami sibuk, tak ada masa nak datang"
  • Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak
  • Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal! Khabar itu bagaikan petir1 dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita kepada ibu menerpa satu persatu.


Jika ibu masih ada, sayangilah dia..jika dia telah meninggal, ingatlah kasih dan sayangnya. Sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu.

Wednesday, December 30, 2009

salam all....
sakitnyer jiwa!!! ni kali kedua sha kena...wives kawan kawan lama accuse husband masing masing berscandal dgn sha!! mula mula sha rasa teruk...sha rasa oh !oh !mesti cepat cepat contact ladies tu n beritahu...(the fact that sha tak rapat pun dgn lelaki2 tu...the fact sha tak berjumpa pun dgn diorg,call or sms pun jarang!!)yes,mmg kenal...dari zaman sekolah johor...dari zaman belajar in college...but then,heck!we r not even close!!!how to create scandal??then,sha rasa marah!! a fact that sha ni consider newlywed also dun help... bila nak tuduh...tuduh terus...tak langsung oocur dlm mind ladies ni untuk menyiasat??check dulu??esp every nite husband mereka comes to bed...daytime di mana keberadaan suami,diorg kan boleh check sendiri?? semua org ada problem masing masing... tapi bile sha innocent, dan org blame kite...husband n wife berantakan ...itu bukan sesuatu yg boleh sha tutup sebelah telinga.... its seriuos n its pure stupidity!!
if sha ni jenis gedik...manja...if sha suka flirt dan sha target lelaki lelaki ni...n kitorg selalu jumpa alone...then fair!! ade juga asas nak tuduh...
bukan nak create gossip...sha nak create awareness... for those yg pernah attack suami without siasat dulu....n for those yg pernah dituduh .... kita berusaha menjaga behaviour diri , kita ada guide line yang bezakan kita dari binatang.... semoga kita berpegang to it....
salam...

Tuesday, December 22, 2009

Saujana 94-98 Gathering 2009

Dari hati yang luhur setinggi ucapan terima kasih buat semua yang hadir pd 19/12/2009.
.
Personally saya memohon maaf atas segala kekurangan spjg proses pre & post gathering kite.
Penghargaan buat semua, & terima kasih kepada Nuar & Aiza serta keluarga kerana sudi menerima kehadiran kita semua..

Saujana batch 1994-1998 GATHERING 2008 restoran nelayan

Saturday, June 13, 2009

Sunday, February 10, 2008

Majlis Perkahwinan Nuar & Aiza

Di majlis perkahwinan Nuar & Aiza
pada 10/02/2008
tahniah...
Semoga kekal hingga akhir hayat

Monday, May 3, 2004

Sunday, September 7, 2003

Wednesday, December 31, 1997

4 Sc Cempaka 1997

Ni kelas 4 sc Cempaka tahun 1997..
Guru Kelas - Cikgu Ismail
Ketua kelas - Nuar
aku cuba ingat... heee heee
Berdiri dari kiri : Airul, Sofa, Duan, Azi, Chandira, Shafizal, (?), Shahrul, Zamri, Faidu,
Berdiri dari kiri (tengah) : Aiza, Akmar, Maryani Zaini, Hasmanizam, Rusniyah,Farawahida, Aida, Zura, Fatimah, Sabarina, Dalila
Duduk dari kiri : Azman, Syukri, Fadli, Yushairizal, Anuar, Cikgu Ismail, Azlina, Aiza, Nurul, Mariani Ibrahim, norini Hussein
Harap dapat membantu... mahap le... susah betul nak ingat nama....

Saturday, January 1, 1994

Salam Muhibah

Assalamualaikum....
sepatah kata... sekuntum senyuman...

Yang Jauh... kita dekatkan....
Yang rapat... kita eratkan....
Yang rindu... kita ubatkan...

Riuh Rendah Kenduri Kendara,
Eratkan Kasih Sulami Cinta,
Dulu Rindu sekarang Mesra,
Kalau Sakit ada Ubatnya.

Semoga blog ini dapat mengikat ikatan persaudaraan sesama kita....
Salam Ukhwah

Duan Ayub